Dera??? ~ L.A.D.Y.I.N.L.A.V.E.N.D.E.R
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 18, 2009

Dera???

Saw this news on TV yesterday evening but couldn't captured the whole story, hari ni dah keluar news paper dah..pasal budak yg kena dera makan jarum yg each of them is approximately 5 cm.

Astaga, ada gak manusia yg buat budak2 mcm ni..cuba kalau aku bagi kau makan, ada ko nak??Tapi benda ni bukan jadi kat M'sia la..entahlah mungkin ada kot, cuma kita yg tak tahu..Konon nye, step father budak ni with assistance of 2 ladies (unknown) yg buat..kesian budak tu..
(Taken from http://www.bharian.com.my)

Doktor temui 50 batang dalam badan kanak-kanak lelaki

SAO PAULO: Seorang budak lelaki berusia dua tahun didera dengan 50 jarum ditanam dalam badannya dipercayai dimasukkan satu persatu.

Dr. Luiz Cesar Soltoski berkata sekumpulan pakar bedah berharap dapat membuang kebanyakan jarum berkenaan yang berukuran sehingga lima sentimeter tetapi beberapa yang berada dalam paru-parunya perlu ditangguhkan sehingga pernafasan mangsa pulih.

Beberapa jarum tidak dapat dibuang kerana berada terlalu dekat dengan organ penting atau berada dalam organ, kata Soltoski.

Ibu mangsa, membawanya ke sebuah hospital di Ibotirama Khamis lalu apabila anaknya mengadu sakit.

Laporan x-ray mendedahkan terdapat jarum dalam badannya dan memaksa doktor memindahkan mangsa ke sebuah hospital berhampiran Barrieras.

Ibu mangsa memberitahu polis beliau tidak mengetahui bagaimana jarum itu berada dalam badan anaknya. Polis menahan bapa tiri budak lelaki terbabit yang mengaku melakukannya, kata Globo TV. Ia melaporkan lelaki berkenaan mendakwa memasukkan jarum dengan bantuan dua wanita yang tidak didedahkan nama.

Bapa budak lelaki terbabit, Gessivaldo Alves sebelum itu memberitahu akhbar A Trade bahawa beliau percaya anak lelakinya menjadi mangsa ilmu hitam. Alves berkata beliau melawat rumah di mana budak itu tinggal dan menemui barangan mencurigakan.

Inspektor polis dalam kes berkenaan, Helder Fernandes Santana memberitahu Agencia Estado bahawa upacara pemujaan ilmu hitam membabitkan budak lelaki itu adalah antara motif yang disiasat dan polis mencari lebih ramai suspek.

"Secara teori, sesiapa yang mempunyai hubungan dengan budak lelaki itu adalah seorang suspek.

"Semua pegawai kami menumpukan kes ini untuk mendapatkan maklumat," kata Santana.

Doktor berkata beliau percaya jarum berkenaan ditusuk ke dalam badan budak itu satu persatu.

"Kami berpendapat ia hanya ditusuk kerana kami menemui jarum dalam paru-paru, kaki kiri dan beberapa di bahagian dada. Ia tidak mungkin dengan cara menelan," kata Soltoski.

Mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi. - AP



0 comments:

Post a Comment

 
http://signatures.mylivesignature.com/85777/lianahh/fbfc7660ff75dc795670bfe6f2934431.png